Movie Review : Aladdin 2019

Assalamualaikum

Hampa dah tengok ka cerita Aladdin uolls?



Hai rasa bulan ni banyak nak cerita pasai muvie yang duk tengok ja lah. Baik dekat cinema, Netflix or Fox Muvies ka. Rasa mcm tak tau nak update apa. So cerita pi lah pasal muvie pun ok apa. Dari duk biaq blog ni bersawang kan.

Untuk pengetahuan hampa muvie Aladdin aku rasa baru ja ditayangkan sebelum Raya hari tu. So masa Raya hari tu ada la duk pasang cartoon Aladdin yang zaman kita kecik2 dulu dekat Netflix untuk flashback balik memories and saja la introduction untuk anak2 aku kan. Satgi perak plak tak tau Aladdin tu cita apa. Serious cakap aku pun macam Lupa2 ingat la. Cuma ingat Aladdin.. Princess Jasmine n Genie la kan. Bab2 Jaafar tu Lupa2 ingat sangat lah kan.


Ingat2 lupa wei. 1992 kot. Lani 2019 dah kot. Dah 27 years passed by dah kot. Aku pun time tu baru darjah 1. Mana mau nya nak ingat kan. 


And cerita Aladdin 2019 ni pulak kiranya movie yang bukan watak cartoon lagi dah. Kiranya memang REMAKE dan dilakonkan oleh manusia la kan. And pelakon yang paling dikenali di Alam semesta kita ni tak lain tak bukan Will Smith kan as Genie. Genie pun nak kena hensom. Aladdin semua tu memang mula2 yang tak familiar la untuk aku. Tapi Rupa depa tu sesuai la dengan watak depa kan.

Untuk cerita Aladdin 2019, sama jugak Jalan cerita dia dengan Aladdin cartoon Dulu2 kita duk tengok tu. Cuma ya bila orang berlakon, of course bagi aku lagi best. Dengan menyanyi bagai. Dengan props dekat istana semua tu. Cantik sangat.

To be Frank kalau hampa harapan kelainan dari cartoon memang aku rasa takdak dari segi plot cerita. Cuma maybe ada la skit2 perubatan Dan penambahan cerita nak bagi nampak cerita ni more Live kannnn... Yang lain aku rasa Semua sama ja. Cuma aku rasa dengan kehadiran Will Smith as Genie memang mengamatkan Dan menghidupkan la cerita Aladdin ni.



Yang Princess Jasmine lakonan Naomi Scott actress kelahiran England ni memang mnjadi la. Aladdin lakonan Mena Massoud actor dari Canada ni pun aku rasa kena lah watak Aladdin tu. Muka kira tipikal tak hensem Tara mana la untuk jadi putra raja kan. 😝😝😝



So overall, aku rasa boleh bagi 4.8 /5.0 bintang untuk cerita Aladdin 2019 ni. Hampa yang tak pi tengok lagi kat cinema. Pi la tengok na... Aku rasa berbaloi kot. Lagi2 part2 last tu semua orang dalam cinema tu enjoy habis dengan lagu and tarian penutup cerita. For those yang enjoy musical movies... This one is MUST for u.




2 Comments

  1. kalo cite aladin ingt gosok2 teko keluar jin je.. haha

    ReplyDelete
  2. HAAAA nasib baik hang post ni...aku tak review lagi!!

    ReplyDelete

Post a Comment