Food Review : Cafe Pak Kon, Pulau Betong

10:08 PM

Assalamualaikum


Asyik-asyik review Ramadan Buffet kat hotel ja kan. Kali ni kita review pulak food dekat kedai makan dekat luar pulak. Nampak macam biasher biasher mungkin bukan biasher biasher kan. Ooi pehal cakap macam Jibby!

Kali ni nak cerita skit pasai Western Food dekat Western Pak Kon di Pulau Betong, Balik Pulau. Bunyi macam nun jauh di sana kan. Hahahahah. Jauhhhh jugak laaa...tapi i tell you berbaloi2 kot. Way better than Pak Mat Western habaq kat hangggg. Pak Mat Western sejak-sejak viral bagi aku dah out. Makanan sejukkkk. I know u have a lot customers. But u have to put on effort la utk panaskan sat kot makanan hang. At least letak dalam microwave for 1 or 2 minutes..orang dapat makanan pun xdak la sama nak sejuk dengan ayaq tembikai. Ni komen kawan aku yang mai jauh nak makan kt Pak Mat Western ya. Sory Pak Mat..u used to be my fav😑


Ok lah back to this review...if hampa ada berdekatan dengan Balik Pulau silalah terjah ke sini ya.


Pic credit to Pak Kon Cafe fb. 


Apa pun jom tengok dulu makanan yang ada kat sini.





Chicken chop dia. Walaupun coating dia macam tebai..aku pernah makan ala2 mcm ni tapi tasteless but this one sedap kot. Tepung dia cukup rasa. Tepung and ayam tak keras. Ayam pun moist. Ni Adriana makan sorang ja k. Aku ada la paw skit seketul. Anak aku yang tu makan cerewet kot. So kira dia boleh habis tu maksud dia memang taste dia la.

Ni order Nasi Goreng Chicken Chop dekat Aishah. Nak suap nasi goreng sebenarnya. Chicken chop tu mak dia yang makan lebih... nasi goreng pun sedap ada rasa. Aishah makan banyak kot. 


Ni lamb grill aku yangggg punyaaa hahahhahahha. Aku suka gila sebab dia ada letak capsicum dengan bawang holland  tu grilled sekali. Gravy dia pun sedap. Cukup rasa semua. As usual la aku ngam kambing memang licin la kan. Tambah-tambah sedap pulak.


My nephew Afiq with the meatballs. Tq Afiq tolong pegang kat aunty. Meatballs pun sedap. Tak keras kejung macam kt Ikea. Walaupun time ni perut aku dah sendat gila tapi bila makan meatball ni still rasa sedap. Biasa perut sendat ni dia tak boleh menipu. 


Harga?


Pic credit to Pak Kon Cafe fb

Untuk chicken chop lani ada promo cuma RM7...yang nak beli set sekali dengan ayaq cuma RM10. murah tak???
Untuk nasi goreng chicken chop..harga dia cuma RM14. 
UNTUK Promo.. lamb chop pulak harga dia satu set dengan ayaq cuma RM12.

Bagi yang hampa tak mau makan Western. Dekat sini ada jugak juai nasi-nasi goreng semua tu.


Pic credit to Pak Kon Cafe fb


Paling penting.. Cafe ni bersih.. Cantik Dan selesa sangat. 


Apa pun tenkiu tokey Pak Kon Cafe sebab invite kami pi makan. Semoga terus maju jaya😉







You Might Also Like

2 comments

  1. huiiiii.. sedap nya !! biasanya kedai2 biasa camni masakan dorang memang penuh dengan kasih dan sayang.. hee~

    ReplyDelete
  2. Aishhhh nasib jauhhh hehehehe
    Nampak sedap dan murah harganyaaaa

    ReplyDelete