Scandi+ bohemian Decor

9:42 AM

Haluuuu
Dah lama kan tak update cita pasal home decor kan. Nak kata terer bab decor tu langsung tak lah kan. Tapi minat tu mendalam la jugak. Kahkah. Mungkinkah sebenarnya impian dalam hati nak jadi interior designer.... Kahkah.
Cakap dengan orang suka decor ni dia ada satu peel tau suka ubah sana sini. Haaa. Bulan ni kerusi ni duduk kat sini. Bulan depan kerusi tu nanti ada kat tempat lain pulak. Haaa macam tu la. Ada ja gatai tangan dia tu nak ubah sana sini. Agaknya kalau katil tu senang ubah-ubah n ruang pun besar.. Dah lama dah aku ubah2 dia.
Aku ni peminat scandinavian / nordic decor. Dalam masa yang sama minat jugak bohemian homedecor. So apalah salahnya aku gabungkan kedua-dua secaca marbanya ikut suka hati aku kan.
Dalam gabungan scandi + bohemian atau scandiboho ni... Aku menerapkan elemen electic untuk bagi lebih personal touch. So that bila orang tengok macam ni orang akan ingat ni... So Aliaaaa... Haaaa gitewww.
Dah tak payah membongak lebih-lebih jom jamu mata sudah yooo.
Ni bahagian living room aku.

Kan aku cakap aku suka warna-warni. Pedulik aa tadika ka apa ka. Tadika anak aku pun tak ceria mcm ni. Kahkah



Sebelum ni pakai cermin warna hitam.. Pun bergantung bertali macam ni jugak. Tapi sebab nak ala2 bohemian rhapsody skit kita try letak ni. Yang warna hitam tu nanti. Letak dekat homestay kita.

Ruang makan bersambung ke hall. Haaa kau hadooo guna batik lepas mak koo buat alas meja? Takdo kan... Haa hakak dah buat untuk hari raya hari tu. Konon2 ada elemen2 melayu giteww ha. Sekarang dah simoan masuk gobok ganti alas lain pulak.

Haa kerusi ni pun da berubah tempat dah. Dia dah duduk dekat sini dah. Kan dah cakap kalau penyakit decor ni.. Ada ja gatal dia.

Ni pulak kat kitchen


Saja buat black board kat situ untuk catat apa yg patut. Especially gas... Si dat bokeh track record bila nak kena standby mode kan.

Ya ni pun counter top kat kitchen. Asalnya belakang tu tiles biasa ja. Tapi sebabnya aku kan gatal tangan. So maka terhasil kah hasil yang tak seberapa nak semenggah ni. 

Ni pulak kat bilik master bedroom aku.


Precisely kat meja aku sebelah ja katil. Biasa la rumah sempit kan. So terpaksa la berhimpit sebelah katil haa.
Itu ja lah nak update pun. Barang-barang banyak dari Scandi_scandu. Contoh macam carpet, kerusi teloq, kerusi makan, kitchen rack dsb. Hampa kalau nak beli boleh check kat situ naa.

You Might Also Like

18 comments

  1. Rajin dan kreatif sungguh tau! Tabik orang yg suka deco² ni. suka tengok. Kalau cx? Mmg taklah. Hahahahah Takde masa. Hahaha lgpn blm ada rumah sendiri. Kalau ya, InShaaAllah mana tahu Allah bagi Ilham hebat ke kan bila ada rumah sendiri. Kih³. Good Job mommy Alia sebab rajin dan kreatif! 😊

    ReplyDelete
  2. bohemian seems like in trend now huh? haha good that you are able to decorate your house according to your liking, certainly a good way to mood boosting and uplifting!

    christmas buffet with discount promo code!

    ReplyDelete
  3. Nad lebih minat design yang minimalist. Tapi Alia punya taste ni pun cantik juga! Banyak orang oversea ada taste camni hehe. You deco well sis! Tiap-tiap hari ceria kalua design camni kan heheh. Can't wait to deco my own home soon! :)

    ReplyDelete
  4. I like!!! Rawlins suka mix and match macam nie. Tak perlu nak sedondon sangat kan. I suka your artistic touches tu! Meletups!

    ReplyDelete
  5. menarik bunyinya, minimalist la kiranya ni ya?

    ReplyDelete
  6. Colorful sangat. Kalau anak2 memang suka sangat ni. Terapi mata. Takpelah apa2 pun janji kita minat kan...actually design macam ni agak lain daripada yang lain jugak ni sebab warna warni. Selalu rumah dengan tona warna yang sama je kan....Cantik juga warna warni ni....

    ReplyDelete
  7. pandainya dia decor.Warna warni tu happening.Sedap mata memandang.. ceria je rumah. Kalo kita berjiran,nak upah alia lah p deco rumah ina.. heeeee

    ReplyDelete
  8. Cheerful betul tengok deco ni. I love this kind of happy mood decoration. Pandainyeee you decorate. I would love to spend time do the same to my house too.

    ReplyDelete
  9. waa nicee rajin betul mood betukar2 style deco ni kan hehe. qeela suka betul tgk carpet yg first tu so cute and niceee je print and colour matching dia tuu hehe. Anyway indeed qeela suka jugak colourful ni tp more into minimalist laa if deco dlm rumah heheh.

    ReplyDelete
  10. Auni suka juga deco rumah tapi rumah sendiri tak ada. Rumah mak ni, nak deco banyak sangat barang jenis "sayang nak buang". Haha ! Sukanya tengok kekemasan dekat dapur tu....

    ReplyDelete
  11. cantiknya rumah dia..suka tengok org deko rumah..memang memberi inspirasi...nanti anak dah besar sikit nak start la deko rumah beria ia macam ni hehehe...suka tengok

    ReplyDelete
  12. Walaupun nampak kecil dan sempit serta padat tapi kerana kemahiran menyusun dan mengemas dalam rumah ni nampak cantik dan lebih teratur. Ini lah kelebihan orang perempuan kalau dapat kemas rumah lain daripada laki yang buat hehehehe..

    ReplyDelete
  13. Cantik dan unik decor Alia ni. Baru perasan kakak saya pun ada penyakit gatal tangan nak ubah-ubah barang dalam rumah dia, ooo simptom mendecor rupanya hihi. BTW kalau rajin tu semua menjadi sebenarnya :)

    ReplyDelete
  14. Seriously cantik. Walaupon nampak padat tapi kemas. Ni kalau masuk rumah, mesti rasa macam pegi spa.hehe.. macam ena pon suka colorful. Tapi xbole nak padat sangat ada anak kecik. Elok2 nak hias jadi mainan anak. Bab kawasan dapur memang cantik mcm cafe hipster gitu..

    ReplyDelete
  15. Love the design, the colors really makes it look so lively, I love the chair actually I can visualize it at my home.

    ReplyDelete
  16. Bijak gak idea gabungan dua konsep tu. Memang meriah gila la deco kt rumah hang ni..ptt la ko ceria setiap hari..

    ReplyDelete
  17. cantik dan comel bebor dekorasi nya!! terus terpaut AM bila lihat stail diaoprg deko cenggini.. leh la tiru skit2 utk berdeko di bilik nnti.. hehehe

    ReplyDelete