Healthy Kids Food Festival by Ayam Brand

12:32 AM

Georgetown, 9 Oktober 2018 – Malaysia dinamakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa di ASEAN dengan 23.7% daripada mereka mengalami masalah obes.

 

Pemakanan memerlukan keseimbangan. Obesiti sering dikaitkan dengan tabiat makan yang disemai sejak kecil, di mana kanak-kanak yang mempunyai berat berlebihan biasanya akan menjadi obes ketika dewasa. 

 

Faktor budaya juga menjadi salah satu sebab yang menyumbang kepada peningkatan masalah obesiti di Malaysia. Ini kerana kebanyakan makanan popular di Malaysia adalah seperti snek yang digoreng dan hidangan yang memiliki kandungan lemak tinggi, selain tidak ada banyak kepelbagaian dalam makanan mereka. 

 

Sebab itulah Ayam Brand™, jenama pilihan rakyat Malaysia selama 126 tahun menganjurkan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat (Healthy KIDS Food Festival) untuk menawarkan pilihan makanan yang lebih baik sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial tahunannya.

 

Kempen kebajikan pada tahun ini bertujuan memperkasakan kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan mereka sendiri menerusi aktiviti-aktiviti yang interaktif. Aktiviti ini dapat membantu mereka mengenal pasti kumpulan makanan yang penting, memahami jumlah makanan dan membuat keputusan bijak tentang makanan berkhasiat dan membentuk tubuh secara positif.

 

Ayam Brand™ menyatakan bahawa sumbangan produk kepada rumah-rumah kebajikan yang mengambil bahagian dibuat kerana kebanyakan daripada mereka kurang akses kepada sumber nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan kesihatan kanak-kanak. 

 

Sudah memasuki tahun kesebelas, Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brand telah berjaya menjangkau sekitar 20,000 orang dari 482 pertubuhan kebajikan, serta menyediakan mereka dengan 1,404,000 hidangan makanan yang sihat dan mudah! 

 

Mengulas tentang Festival Makanan Kanak-kanak Sihat, wakil Ayam Brand, Encik Nathan Deverre berkata, “Kanak-kanak dapat belajar dengan baik menerusi permainan. Justeru, Ayam Brand telah menganjurkan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat dengan pelbagai bentuk permainan yang direka khas buat kanak-kanak agar mereka seronok ketika belajar bagaimana untuk memilih makanan yang betul. Kami harap kanak-kanak yang mengambil bahagian pada hari ini akan mengamalkan apa yang telah mereka pelajari dan berkongsi tips ini dengan rakan-rakan dan menyebarkan mesej mengenai makan secara sihat.”

 

Antara sesi bengkel yang dijalankan ialah ‘Yay or Nay’ di mana kanak-kanak belajar untuk mengenal pasti serta membezakan di antara pilihan makanan yang sihat dan tidak sihat, selain teka silang kata tentang manfaat Omega 3 dan DHA di bengkel ‘Crossword’. Di bengkel ‘Healthy Plate’ pula, kanak-kanak menentukan kuantiti kumpulan makanan berbeza untuk menghasilkan satu diet yang seimbang, manakala di bengkel ‘DIY’, kanak-kanak akan menghidang Nasi Lemak Tuna mereka berdasarkan apa yang telah pelajari.

 

Kanak-kanak amat memerlukan Omega-3, iaitu sejenis asid lemak penting untuk perkembangan otak dan mata yang tidak dihasilkan oleh tubuh manusia. Ibu bapa dan penjaga boleh menambah makanan yang kaya dengan kandungan Omega-3 seperti sardin, mackerel dan tuna dalam diet anak-anak. Bagi kanak-kanak yang tidak sukakan bau ikan, ibu bapa perlu jadi lebih kreatif. Jadi, layari laman web www.ayambrand.com.my untuk mendapatkan pelbagai resepi yang mesra kanak-kanak.

 

Kelapa pula telah mencapai status makanan super di peringkat global kerana kandungan lemak sihatnya. Ini satu berita baik buat rakyat Malaysia kerana mereka menggemari makanan berlemak seperti Nasi Lemak.

 

Sebahagian daripada Festival Makanan Kanak-kanak Sihat, Ayam Brand™ ada memperkenalkan Nasi Lemak yang lebih sihat, mudah dan cepat untuk disediakan yang menggunakan santan jenama ini. Di samping Light Tuna Cili sebagai sambal yang boleh diambil terus daripada tin bersama telur rebus, timun segar, kacang tanah dan ikan bilis untuk menjadi satu hidangan yang enak dan berkhasiat. Kanak-kanak yang menghadiri bengkel ini juga belajar tentang sukatan yang betul bagi setiap makanan untuk diet yang lebih sihat.

 

“Ramai rakyat Malaysia yang membuat pilihan makanan tanpa memikirkan tentang kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik, memberi pemahaman serta menjadikan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang  sebagai amalan sejak anak-anak masih kecil. Kami gembira kerana kanak-kanak dapat belajar tentang asas pemakanan sihat dengan cepat pada hari ini. Ibu bapa dan penjaga boleh mencuba beberapa aktiviti yang telah kami lakukan ini kerana ia mudah dan boleh dilakukan di rumah,” kata Deverre.

 

Rumah Permata Kasih, Children’s Protection Society, Persatuan Kebajikan Anak-anak Islam dan Rumah Kebajikan Seri Cahaya dari Pulau Pinang menerima bekalan makanan harian produk Ayam Brand selama dua bulan merangkumi ikan sardin, mackereltuna dan santan kelapa untuk semua kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

 

Menurut wakil dari Children’s Protection Society, Cik Magdeline Leong, sumbangan produk Ayam Brand™ yang tidak mempunyai bahan pengawet atau MSG tambahan itu sangat dihargai kerana makanan tersebut sihat, pantas dan mudah disertakan ke dalam diet harian mereka. 

 

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ayam Brand™ kerana menjemput Children’s Protection Society untuk menyertai acara ini, selain menyumbang produk mereka yang mudah, berkhasiat dan enak. Kanak-kanak sangat seronok pada hari ini dan mereka belajar pelbagai tip nutrisi daripada bengkel-bengkel aktiviti.

 

“Kami akan menjalankan beberapa bengkel sama di Children’s Protection Society tidak lama lagi. Sebabnya, daripada apa yang dapat kami lihat pada hari ini, ia dapat membantu kanak-kanak mengamalkan tabiat makanan sihat sepanjang hidup mereka,” kata Cik Leong.

 

Maklumat lanjut mengenai Ayam Brand™, sila layari laman web www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes.

 

You Might Also Like

19 comments

  1. Ayam brand memang pilihan utama aida, alia. Dari sardin, ke cendawan butang, koktel, biji barley, dsbg nyer.
    Tuna pedas & tuma mayonis nyer ohsem! Ari tu kat cameron highlands, bwk setin. Hari nak balik tu sarapan kat bilik dulu. Dgn roti gardenia. Habis licin!

    ReplyDelete
  2. yeah we also use Ayam Brand for meal time. Cooking is easy as now we can choose many variety and sometime choose tuna for make sandwich too. As for sardines usual cooked with onion, yummy with a bowl of rice.

    ReplyDelete
  3. wahh seronok la ada aktiviti macam ni.lepastu boleh belajar buat menu baru untuk anak-anak

    ReplyDelete
  4. it's great to get healthy and hv this kind of healthy food festival and create awareness for all the parents and kids to eat healthy!

    ReplyDelete
  5. Ayam brand ni jenama yang dah lama kita ketahui kebaikan dan kesedapan dalam menyediakan makanan segar kepada pengguna tapi harganya sahaja yang agak mahal sikit bagi kita rakyat marhain ni tapi kalau teringin beli juga sekali sekala hehehehe...

    ReplyDelete
  6. Ayam Brand always my favourite brands . Is a good when Ayam Brands organize a meaningful activities for children to eat healthy.

    ReplyDelete
  7. memang selalu beli jenama ayam brand sebab dah terbukti halal dan bersih...sedap pun sedap walaupun agk mahal

    ReplyDelete
  8. Ayam brand memang all time fav akak..memang takde tandingan..kualiti ikan sardin dia yg buatkan ayam brand sampai sekarang kekal the best... Mahal pun mahal la..dh itu je yg sedap

    ReplyDelete
  9. Sis memang dah lama gunakan jenama ayam brand ni..sejak muda remaja gitu..:D. Sardine ke..tuna ke memang ayam brand jadi pilihan. Rasanya sedap lain dari jenama lain

    ReplyDelete
  10. biasa kita parent je biasa dgn brand ni, skrg program dan aktiviti macam ni... anak-anak pun akan jadi biasa...suka promosi mereka

    ReplyDelete
  11. Bagus ayam brand ni adakan kempen kemasyarakatan macam ni. Bagus diteruskan. Ayam brand jenama makanan yang memang sedao dan berkualiti kan

    ReplyDelete
  12. Bagus ayam brand buat event macam ni. Seronok budak-budak macam ni..nad suka ayam brand punya sardin tu, lagi-lagi yang pedas..sedapp

    ReplyDelete
  13. Serious emi tak tahu langsung bahawasanya ayam brands ada buat event macam ni. Satu inisiatif yg bagus.

    ReplyDelete
  14. Sapa tak kenal ayam brand kan.... Jenama sejak kecik lagi mak mak kita dah guna. Bagus adanya kempen sebegini. Harap diteruskan di masa akan datang.

    ReplyDelete
  15. Ayam brand ni memang penyelamat bila takda idea nak masak apa. Makanan dalam tin ni kena ajar juga anak makan. Nanti kalau waktu kecemasan, mereka tahu apa rasa makanan tu dan boleh buat macam2 resepi. Hehehe. Saya dpt sardine tu masak sambal dan makan dengan chapati. Yummy kak

    ReplyDelete
  16. Kalau beli sardin Bonde memang pilih ayam brand.. Seronok tengok event diatas meriah kanak-kanak pon nampak teruja nak cuba produk Ayam Brand.

    ReplyDelete
  17. My facourite childhood food. Sardin from ayam brand. Used to be mknn org miskin but now no more. Hahahaha. It is very crucial for children to consume healthy food. Ayam brand’s product will do the justice for them

    ReplyDelete
  18. Sayangnya event ni waktu bekerja bukan waktu weekday. Kalau tak memang Lia singgah nak tengok sendiri event ni dengan kanak-kanak comel ni.

    ReplyDelete
  19. Memang lg dulu suka beli sardin Ayam Brand sbb sedap dari jenama lain,klu dah xda benda nk msk beli jer sardin..happy nampak dorang tu dgn pelbagai aktiviti

    ReplyDelete