Transformasi Balkoni

9:38 AM

Hai...
Dah lama menyepi dari blog sendiri..sebuk apa pun tak tau aihhhh...hahahha. buat ramai ja orang Penang kata.
So kali ni nak cerita pasal transformation balcony. Sebelum ni balcony ni ada la pokok2 jugak tapi tak banyak. Sebelum renovate buat dapoq and husband aku tukaq tiles dekat balcony and letak rumput carpet dekat wall tu memang penuh gak la dengan pokok. Masa balik2 dari berpantang..terkejut jugak aku habis pokok2 aku dia clear.haihhhh. tapi xpa. I will start again.
Mula-mula husband aku da bising jangan letam banyak2 pokok dah. Dia tak tau ke bini dia ni degil. Hahahah. Alaaa kasik chance la aku salurkan hobi belai2 pokok dekat balcony kan. Dari aku duk join makcik2 bawang bergosip tak tentu hala kan dekat taman permainan kat  bawah tu. Baik lah aku layan pokok2 aku ni. Hahhahaha
So jom tengok transformation from A to Z ok.


Kosong...kira aku tanam yang basic-basic yang aku suka makan la. Piping tu husband aku buat untuk aku tadah air untuk siram pokok dari air yang mai dari compressor air cond. 


Haa seronok la pokok2 aku dapat air tadahan ni kan.


Step by step aku tambah and ubah skit-skit. Rak ni aku beli untuk letak pokok-pokok aku. Yang renek2 la. Rak ni dari Ikea..rak Hyllis namanya.. sapa rajin boleh cat dulu. Tapi aku tak rajin so aku tak cat. Lagipun nak biar nampak ala-ala industrial. Hahahha


Slow-slow aku tambah sikit-sikit. Meja hitam tu asalnya meja Ikea yang outdoor tu tapi laki aku cat hitam. Sekarang ni bila lama-lama cat tu ada tertanggal skit. So dah jadi ala-ala rustic skit. Kerusi tu pun aku beli untuk letak dekat balcony. Seronok wei layan stegram kat situ sambil-sambil kena angin petang(kalau ada angin la kan)


Pastu aku ubah kerusi tu ke sini sebab nak dekat dengan meja la katakan. Ala biasa la orang yang suka deco and bajet2 ID ni memang suka suki ubah sana ubah sini. Sapa yang kena sampuk dengan saka deco ni tau la peel nya kan.


Lepas tu bawak plak rack ikea kecik yang warna putih tu keluar untuk letak pokok2 kecik. Kira ada ja pertambahan dia. Hahahha. Laki aku dah geleng kepala dah. Hahahah. Mesti dia pun malas nak layan. Tapi dia melayan je lah asalkan aku xbuat menda2 bodoh membawang dsb dengan makcik2 bawang dekat bawah tu.


Yang ni pulak dekat another side. Aku letak rack ikea Lergerg yang kecik 2 tier tu dekat sini. Memang rak-rak Ikea ni tahan lasak sebab tu aku berani letak kat balcony ni.


Adriana la paling heppy bila aku buat cantik2 balcony ni. Last time ada celebrate birthday dia dekat sini. Boleh tengok entry ni untuk yang nak idea untuk celebrate birthday anak dekat balcony. 


Dapat juga jadi port untuk acah2 outdoor picnic and breakfast dekat luar rumah. Hahhaha.


Pagi weekn breakfast dekat sini amik mood sikit. Tapi macam biasa la ruang adalah limited la dekat balcony kami ni. But so far antara ruang heppy untuk aku sebab dekat sini la aku melepaskan tension aku. Kat sini jugak la aku belai2 pokok..releks2 main stegram..kahkah. lepas ni who knows buat bbq pulak ke kan...
Memang nak transform ni aku buat sikit2 dulu la. Part by part. Sebab aku beli sikit-sikit dulu. Amik ilham sana sini sinun. Oklah kan dari dulu-dulu tu. Sendu ya amat.
Ok lah..chow cin cauuuu

You Might Also Like

24 comments

  1. Wahhh rajinnya. Pandai dan kreatif menghias. Alangkah bahagianya kalau saya pun dapat peluang menghias macam ni

    ReplyDelete
  2. wah!!pandai maximizekan ruang yang ada..kita tengok orang buat macam teringin tapi hakikatnya kemalasan sungguh!hahaha

    ReplyDelete
  3. Menarik menarik! Dari kosong td dah jadi cantik siap berpiknik lagi hehe. Memang best kalau ada tanaman macam nih tapi tuhlah kena rajin kalau tak habis pokok mati. haha

    ReplyDelete
  4. Great idea! Teringan nak buat macam ni, tapi idea kering. Tengok ni simple je dan tak payah nak keluar bajet tinggi.

    ReplyDelete
  5. waa bagusnya rajin tanam pokok2 even dekat balkoni je, serious bagus laa tu, kalau ada herbs / ulam senang takyah pi beli dah kan hehe. anyway totally impress dgn piping air tadahan tu, creative!

    ReplyDelete
  6. rumah amni ada balkoni gak.tapi jarang bukak sbb construction site sebelah rumah je.asyikl berdebu.satg habis mati pokok2 cik hehehe

    ReplyDelete
  7. tanam pokok ni boleh jadi terapi kan. tu best tengok pokok yang hidup subur tu. hihi

    ReplyDelete
  8. huwaaaaaaaaaaaaaa tengok deko ni, balkoni sis kira besar ler jugakkkkk...balkoni kite muat2 pasu jerr...nak deko2 sgt mmg x blehhhh... :'(

    last2 buh kaktus jer laa yg muat2..ekeke

    ReplyDelete
  9. macam besar aje balkoni sis tu? serius mmg cantik lah...mana belajar buat deko ni? ada refer mana2 blog ke? nak buat jgk la nanti

    ReplyDelete
  10. Best rumah ada balkoni sebab mudah tanam pokok even takde tanah lapang , buh dalam pasu je , cantik and simple deko

    ReplyDelete
  11. Bertambah cantik bila dah tempat chilling sebegitu. Yang penting kita optimized the space - kena rajin mengemas gak kan

    ReplyDelete
  12. balkoni well-managed.. haha.. full of greenery now... great idea for this transformation.. nice one..

    ReplyDelete
  13. biler tengok pokok orang gemuk2.. sejuuuukk jer rasa n teringin nak bercucuk tanam gitueee... tapi mengenangkan biasa nya semangat tu setahun sekali tu pon jarang2 nak hado.. so lupakan sebelum semua nya mati ngan sia2.. heheh

    ReplyDelete
  14. Ruang yg kecil pun boleh deco2. Cantik.

    ReplyDelete
  15. Rajinnya dia..yang penting rajin& kreatif sebenarnya kalau nak cantikkan rumah ni! Hehe memang terbaik la..dr kosong sampai jadi cantik camni

    ReplyDelete
  16. Alia ni memang kreatif ekk orangnya, macam-macam idea buat untuk cantikkan rumah. Sis ni tak kreatif sangat. NAsib baiklah rumah sis tak ada balkoni..kalau tak, tak tahu lah apa jadi..entah2 kosong je...hehehe

    ReplyDelete
  17. Bestnua ada ruangan balvony Yang agak besar skit. Boleh tanam pokok sendiri .Ada tempat nak makan . Balcony rumah lia sempit .

    ReplyDelete
  18. Kawasan balcony ni memang berangin dan lawa. Senang nak tenangkan fikiran. tapi bahaya juga sebab maklumlah kan, senang jatuh

    ReplyDelete
  19. Kalau rajin mmg rumah akan cantikkan. Suka tgk deko walaupun simple tapi tetap menarik :-)

    ReplyDelete
  20. Kita teringin sangat nak deco kat balconi. Bubuh bngku meja semua. Tapi mengenangkan anak yang ligat suka memanjat, memang tak berani. Takut nak hias umah, jadi hal lain pulak. Apa pun, cantik bila dapat tanam bunga.

    ReplyDelete
  21. suka lak tengok idea ni..sapa kata kt balkoni pun boleh jadi space utk lepak2..nak kena cari apartment mcm ni satu lah! hehe

    ReplyDelete
  22. Nad pun ada nak buat tanam2 pokok macam ni..best kalau balkoni ada taman macam ni..rehat2 santai petang...layan media sosial..layan perasaan..hehee

    ReplyDelete
  23. menariknya! sangat kreatif. saya suka orang yang pandai manfaatkan ruangan rumah. kadang rumah tak perlu luas pun tetap boleh cantik dan selesa tinggal kalau kite pandai utilizekan setiap ruang. ;)

    ReplyDelete