Travelog Koh Lipe : Part V

by Alia Farhan, 6:56 PM
Oklah kali ni nak cerita pasal Sunset Beach yang fames amos kat Koh Lipe tu. Untuk pengetahuan Sunset Beach ni terletak agak jauh jugak la dari Pattaya Beach tu. Boleh ja kalau hampa nak jalan dari Pattaya Beach tu tapi mengenangkan kami bawak budak-budak maka tak payah la cari pasal dan penyakit.

Untuk ke Sunset Beach Koh Lipe ni ada ja teksi ( motor yand diubahsuai boleh naik 4 orang inc pemandu) untuk ke sana. Just tahan teksi tu and cakap nak ke Sunset Beach. Depa charge kita satu orang tu 50 baht kalau tak silap. Budak-budak kt Koh lipe ni selalunya FOC jer.

Jalan nak ke Sunset beach ni akan lalu satu resort ni. Resort ni macam dalam hutan-hutan skit. Aku tengok macam port-port mat salleh ja kat sini.

Ada camp side la.Sapa suka flora fauna ok la duk sini. Ehhhh

Si kenit and papa.

Da jumpa pantai. Yeayyyyy. Pasiaq haluihhh weiiii. Bestnyaaaa. Terus kenit tu ajak mandi.

We-fie dulu anak beranak!

ehh we-fie lagi....

I love to take their photo from their back side. Suka sangat tengok dua beranak ni. Kamceng semacam lagi-lagi sejak dah wean off ni. Menyampah mama!!!

Pramong Beach nama diberi. Sunset Beach lewtewww.

Sunset Beach ni lebih tenang berbanding dengan Pattaya Beach side. Kat situ agak crowded. So kalau sapa nak romantik-romantik and nak berhoney moon aku sajeskan hampa p kat Sunrise Beach atau Sunset Beach. These two sides memang sunyi and tak ramai sangat orang.

Duk menhayati view matahari tengah turun. Gila wei cantik nak mam.

sikit-sikit nampak matahari tu terbenam and macam masuk dalam "laut" . HAHAHAHAHA.

memang cantik sangat-sangat la view sunset ni. Tak pernah lagi nampak view Sunset seketoi2 terbenam macam ni.

So bila matahari dah terbenam maka dengan itu haruslah cargas untuk keluar ke tempat tunggu teksi balik (kat tempat teksi drop kami). Ingatkan tak ramai orang, sekali mak iah ramai jugak orang yang mai tengok sunset ni. Kena beratur tunggu turn jugak la nak naik teksi tu. Dah la area situ da gelap-gelap and hutan-hutan sikit kan. Kalau keluar lambat-lambat risau dah takdak teksi tunggu situ. So kepada sesapa yang nak p ke Sunset Beach tu harus diingtakan jangan la berangan nak keluar lambat-lambat sangat dari Sunset Beach tu kang ada yang kena jalan dalam hutan sorang-sorang.

Oklah, tu ja nak cerita untuk Part V.

Bersambung Part VI untuk hari terakhir di Koh Lipe.

SHARE 10 comments

Add your comment

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS